Kehidupan peribadi Faralyna_Idris

Beliau sebelum ini pernah berpacaran dengan pelakon Hairul Azreen (kini berkahwin dengan Hanis Zalikha) sekitar 2011 dan merancang untuk berkahwin.[4] Namun, hubungan mereka berakhir pada Februari 2013.[5] Beliau berkahwin dengan jurugambar Muhammad Fikri Abdullah pada 12 Disember 2014, majlis perkahwinan pasangan ini diadakan di Cruise Tasik Putrajaya.[6] Pasangan ini sebelum ini mengikat tali pertunangan pada Mei selepas berkenalan selama dua tahun.[7][8]

Hasil perkongsian hidupnya dengan Fikri, Faralyna dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Fira Anggun yang dilahirkan pada 29 Oktober 2015[9] dan Fira Ayu yang dilahirkan pada 21 Jun 2018.[10]